Thursday, March 11, 2010

Sepagi di Mahkamah Tinggi Temerloh

Pagi Rabu 8.30 pagi saya sampai ke mahkamah. Ada urusan di kaunter pesuruhjaya sumpah. Kelihatan ada 2 kakitangan sahaja di pejabat.Kerusi lain kosong. Itupun sedang rancak berbual. "Mungkin pegawai berkenaan belum datang lagi atau sedang jamu selera", fikir saya. Sambil menunggu, saya lihat terpampang di dinding, waktu berurusan pada hari Isnin hingga Khamis bermula 8.30 pagi. Hingga 8.50 ada 2 org sahaja yg masuk pejabat. Saya belum dilayan. Memandangkan perut pulak meragam, saya ke tandas awam. Teruknya tandas awam di mahkamah Temerloh. Kebersihan mahupun kemudahannya. Terpaksa juga guna kerana dah terdesak. Jam 9.10 saya ke kaunter berkenaan sekali lagi. Kakitangan tidak bertambah. Saya terus berdiri di hadapan kaunter. Pegawai yang berbual semasa saya mula-mula sampai telah melayan saya. Rupa-rupanya dia ada kuasa menandatangani bahagian pesuruhjaya sumpah itu. Saya membuat andaian, mungkin segala urusan di mahkamah bermula jam 9.00 pagi. Satu jam awal, mungkin untuk sarapan pagi dan duduk-duduk sambil berbual-bual.

Saya teringat ketika beberapa kali hadir ke klinik kerajaan untuk dapatkan rawatan. Keadaan yang serupa juga berlaku. Jam 8.00 pagi bukan waktu kerja lagi. Itu waktu sarapan pagi. Termanggu-manggulah kita menunggu. Setelah kepenatan menunggu barulah sampai HA. Belum doktornya lagi.

Tahniah pada guru-guru kerana dapat berkhidmat sebaik sahaja loceng dibunyikan. Malahan ada sekolah yang meminta guru datang 7.10 pagi untuk melaksanakan aktiviti bersama murid-murid yang telah dirancang oleh pihak pentadbiran.

Kesimpulannya lu pikirlah sendiri.

9 comments:

ybs said...

kat tempat aku dah bertambah baik dah berbanding dulu....

ko belasah jer la, bagi dia cukup2 sampai tak bernyawa! hahaha

kembara kelana said...

jang
bila sampai berikan salam dan nyatakan hajat...jangan buat andaian...lu pun ada silapnya jang, makan pulak tak berkira, masa tu lah lu nak melabor...sorii bro

mpmn said...

ybs..

aku ni baik hati. lagi pun aku tak berani nak belasah dia org, nanti msk mahkamah

mpmn said...

kk..

aku bkn tak nak beri salam tp dia org tak pdg pun kat aku. dah le tpt meja dia bhgn blkg bkn dpn kaunter.

aku ni punya le berbudi bhs. tak dpt aku nak pamerkan budi bhs aku.

aku teringat masa aku kecil dulu. darjah berapa tak ingat. aku pergi pej pos utk beli setem. keraninya seorg india. dlm hati aku berkata, nak panggil apa org ni?

lalu aku panggil,"woi, setem satu".
respon kerani tu, "apa woi2, panggil encik lah". tapi dia bagi juga setem tu. sampai skrg aku ingat peristiwa tu. cite tu selalu aku perturunkan pd ank mrd dan ank sendiri.

zorro said...

jang, adat bertandang kerumah org kena boyi salam.yg ekau duduk diam tu buek apo.

boyi salam, tak dengar juga ekau kuatkan salam tu,tapi cukup sehingga 3 kali aje.kalu tak dilayan juga ekau blah.....

apa kata ekau buet aduan rakyat, biar karam singh wallia yg datang beri salam kat mereka tu.

kalu aku aku zaappp aje . zzzzzzzzzzzzzz

Anonymous said...

salam bro..
a. N3 kali ni menunjukkan rakyat jelata khususnya rakyat negeri mamanda menteri sendiri tidak memahami hasrat dan slogan yg dicanangkan oleh mamanda menteri..memalukan komeh je..
b. org kita ni [melayu muslim]tidak menjadikan apa yg dilafazkan paling x 5 kali sehari dlm doa iftitah [ina sholati wanusuki...] sebagai amalan dan budaya hidup serta kerja buat sepanjang masa.
c. kalau kita lihat kekadang tu org2 bukan muslim esp negara2 maju dari segi etika dan nilai murni yg ada dalam sosial kehidupan mereka lebih terpuji dan lebih islamik secara relatifnya la..cuma hidayah allah saja yg mereka x ada..bertuah kita dilahirkan dlm keluarga islam
d. saya ada mendengar cerita org2 yg pernah pergi ke sebuah negara eopah..saya lupa plak nama negaranya..cite nye begini.. ramai pekerja mereka akan datang ke opis setengah jam lebih awal. sapa2 yg datang paling awal akan park kereta mereka di tempat yg paling hujung dan maknanya paling jauh dengan tangga. Nape? Sebab nak bagi ruang kepada mereka2 yg terlambat [disbbkan faktor2 yg x dapat nak dielakkan]dapat park dekat sikit dengan tangga dan dapat kejar punch card. Org yg datang awal tadi ada banyak masa dan boleh jalan mcm itik pulang petang/lenggang mak limah. Kat negara kita..sapa dtg awal dia akan park di tempat paling dekat/dekat dgn tangga dan yg paling lewat dah tau tempat dia dan kita pun tau sapa yg park paling jauh tu mmg dah agak dah..lu pikirlah sendiri..
..adesu..

mpmn said...

zorro..

aku bukan lokek nak beri salam, tp dia bkn islam.

aku tahu hg tu mampu zapp... sesuai dgn nickname tu.

mpmn said...

adesu...

menarik gak cite di erph tu ya. susah nak dipraktikkan tu. kena buat kempen besar-besaran gayanya. jika kita amalkan dulu boleh gak. tp kesannya pd yg lain tak tahu le.

tahniah bro dah dpt pelantikan.

zorro said...

kalu dia bkn org islam,beri lah ucap selamat dgn nada dan gaya membodek. tak salahkan kita merendah diri.bak kata pepatah "ular menyusur bawah akar takkan hilang bisanya".

aku praktikkan sesiapa yg sampai lewat park saja kereta diluar kawasan sekolah.(sebab kawasan sekolah aku ni sempit).

kalu tak dengar arahan dan peraturan aku zaappppp aje.zaaaapppp zuuuup zaaappp. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
apamcm bro?