Friday, January 7, 2011

Apa Yang Boleh Aku Buat?

Mulai 13 Januari ni bantuan RMT akan ditamatkan di daerah aku. Daerah Temerloh pula telah tamat pada hari ini (Jumaat). Yang aku nampak ada dua masalah.

Masalah pertama ialah budak yang terlibat adalah terdiri dari keluarga susah. Adik beradiknya ramai dan masih bersekolah. Bertambah lagi bebanan ibubapa untuk menyediakan duit belanja bagi anak-anak yang terlibat.

Masalah kedua ialah pihak kantin sekolah. Dengan penamatan RMT ini pendapatan mereka akan berkurangan. Pihak kantin sekolah aku telahpun mengeluarkan belanja yang banyak bagi menghadapi sesi 2011 ni. Kantin telah dicat keseluruhan, ganti langsir, tukar lapik alas meja dan lain-lain.

Aku rasa jika sesebuah sekolah mempunyai bilangan murid yang ramai, pemberhentian RMT ini tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Nampaknya semangat awal tahun mereka telah diragut dengan berita ni. Apa yang boleh aku buat untuk membantu? Nak naikkan harga makanan tak boleh kerana mereka telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani. Sedangkan harga bahan-bahan asas semakin mengganas.

4 comments:

Faris said...

Pirzan,
RMT bukannya ditamatkan tetapi peruntukannya kurang sehingga lebih kurang 40% daripada peruntukan asal tahun sebelum. Kelayakan murid pula adalah berdasarkan kepada data e-Kasih dan bukannya lagi SMM. Apa yang boleh kau buat, nasihatkan ibu bapa budak2 tu untuk mendaftar dengan e-Kasih.

tokek gekko said...

kalau nak harap ibubapa pergi daftar ,mmg le susah. apa yg boleh ekau buet ialah memberi arahan kpd pk hem / guru bimbingan mengambil inisiatif tlg daftar untuk mereka di pejabat persekutuan.

itu saja kita boleh tlg mereka.mmg le thn ini dikurangkan jumlah yg menerima rmt.melalui e kasih sek aku baru terima 11 calon yg layak daripada data thn lepas seramai 74 org.

minggu pertama blm lagi rmt bermula,duit pun katanya baru masuk sebanyak rm 3762 lebih utk 11 org selama 190 hari.

nak jadi gb ni kena peka dgn hal2 sebegini......hehheeee

mpmn said...

faris..

aku tersilap sebut. diteruskan yg msk dlm senarai e.kasih tp yg tak daftar tak dptlah. kesian gak kat bdk2 tu.

mpmn said...

tokek..

betul le ckp hg tu. nak hrp org susah ni gi daftar sendiri dlm e kasih tu mmg susahlah.

aku dah minta bantuan pengurus felda dan JKKR utk tlg daftarkan rakyat dia yg susah. cikgu byk kerja lain nak buat.

elaun dah bertambah buatlah kerja utk penduduk mereka. takkan itupun nak harap cikgu gak.

maklumat aku dah salurkan, tindakan dia org tak buat, itu namanya tak amanah sebagai ketua. ke mcm mana?