Friday, January 21, 2011

Khasiat Ketawa

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh si pengkaji mendapati ketawa boleh .....

1. menurunkan tekanan darah tinggi
2. menurunkan kolestrol dan
3. boleh menambah imunisasi

tapi berpadalah ketawa tu. kalau terlebih sangat nanti takut dapat yang sebaliknya pulak. juga ketawa tu hendaklah dikawal bunyinya supaya lebih beradap dan sopan lebih-lebih lagi kaum hawa.

Ini tidak, orang perempuan ketawa mengalahkan orang lelaki, ketawa berdekah-dekah. Tak ada segan silu langsung. Cuba ketawa tu disulam dengan senyuman aje, lebih-lebih lagi yng ada lesung pipit dan gigi berlapis tentu manis kelihatannya.

Nabi Muhammad saw bersabda, "kalau kamu tahu apa yang aku tahu, tentu kamu lebih banyak menangis dari ketawa". Lebih kurang begitulah bunyinya. Kalau ada tersilap mohon maaf ya.

7 comments:

kembara kelana said...

haah..banyaklah ko punya khasiat... syaitan lahirkan anak...anak dia keluar jer...terus ketawa...

tokek gekko said...

Dari : Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”

i) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

e) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh… . Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-

(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik.

bila sebut bab ketawa ni aku teringat pelipur lara kelas kita.....si azam kuala kangsor tu.apa cerita nye ye???.

mpmn said...

kk..

tk atas pdgn

tokek...

bagus sekali apa yg hg nukilkan. patutlah aku tgk hg selalu sugul masa di UPSI.

azam kawan kita tu, lebih byk menyendiri dalam hutan belakang rumahnya. mungin muhasabah diri. aku pun baru nak mula ni.

tokek gekko said...

mane ade aku sugul masa diupsi...aku la org yg paling ceria setahu aku.

gelak tawa tu tak le sampai mengilai sehingga naik bulu ketiak...heeeeeeeeeeehheeeeeee.

knape nak gi suluk blkg umah ke?

Anonymous said...

Siapa dia tokek gekko ni? Responnya ada yang panjang dan ada yang pendek.Kadangkala ada yang bernas dan ada yang hampas.

Tapi banyak yang menarik perhatian ,cuma kalau boleh perkenalkankan la diri tu! Sampai bila nak nyamar?

Mpmn awak kenal ke siapa TG tu, saya nak berkenalan dgn nya.

mpmn said...

tokek...

ketawalah selagi boleh. ikutlah yg telah digariskan oleh Islam. aku tgk hg mmg tertib bila ketawa, cuma perut hg je yg bergegar. kah..kah..kah..

mpmn said...

anony..

aku tak boleh pecah rahsia. tak bestlah kalau identiti diri dah dikenali. ko tu yg kena kenalkan diri dulu. tp aku boleh teka sapakah ko sebenarnya.