Monday, January 17, 2011

Sejuk Semacam

Lain macam iklim Malaysia sekarang ni. Sejuk semacam. Lebih kurang seperti berada di tanah tinggi Cameron atau Genting. Cuma tak turun salji je. Di daerah kelahiran aku, daerah Rembau sejuk dan berangin. Sesuai untuk bermain layang-layang.

Kalau tak silap aku di gurun California, Amerika Syarikat buat pertama kalinya salji telah turun di sana. Jelas sekali iklim dunia sekarang ini sudah tidak menentu. Tanda-tanda akhir zaman semakin menghampiri.

Berbalik cite iklim di negara kita, Ada baik juga iklim seperti ni. Antaranya ialah..

Tak panas dan selesa semasa menunaikan sembahyang Jumaat. Terutama mereka yang datang lewat, dah nak mula sembahyang baru sampai. Kemudian kena parking luar masjid.
Guru2 dan murid2 dapat mengadakan aktiviti luar dalam keadaan selesa.
Bagi yang kaki shopping, bolehlah bergerak dari satu kedai ke kedai tanpa berpeluh. Boleh buat bandingan harga.
Yang paling menikmati sekali aku rasa ialah pengantin baru. Boleh berulit sentiasa. Bagi pengantin yang dah otai tak berapa kisah sangat, aku rasa.

Yang tak bagusnya....

Sekarang ni hampir tiap pagi aku mandi pagi guna air panas. Meningkatlah bil elektrik aku bulan ni.
Hampir tiap hari aku kena bawa tuala kecil untuk lap hingus kerana aku mudah diserang dengan selsema. Maklumlah aku ada penyakit resdung.

atau mungkinkah...

masanya untuk matahari terbit dari barat semakin hampir. dunia akan bergelap untuk seketika. pintu taubat akan ditutup.

Allah sahaja yang mengetahui

6 comments:

tokek gekko said...

Tanda hampirnya kematian....
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
antaranya
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

aku rasa ekau blm rasa lagi mcm ni kut?heheeeeee.......

mpmn said...

seram sejuk gak aku mengingatkannya. maklumlah dosa byk belum ditaubatkan lagi.

amalan yg dibuat belum tentu diterima oleh Allah.

jm said...

bukan seram jgk.mmg seram sgt2 tanda2 yg tokek sebut tu...
mpmn..kita kena yakin dgn maha pengampunnya Allah.jgn disebut belum tentu diterima Allah.macam tak tinggi je keyakinan tu.tp kena buat yg terbaiklah...selamat beramal...

tokek gekko said...

teringak plak aku pada lagu nasyid "selimut putih".eeeeeeee....

mpmn said...

jm..

tk atas nasihatmu tu. mudah2an kita semua mendapat keredhoan Allah swt.

mpmn said...

tokek...

kita semua akn menggunakan pakaian tu suatu hari nanti. jom kita buat persediaan.