Tuesday, April 26, 2011

Mengapa Begitu Jadinya?

Petikan dari Metro

Kes 1
Murid sekolah rendah yang berumur 10 tahun bergaduh ala samseng di padang sekolah kerana berebut padang. Dinyatakan murid-murid sekolah tersebut berkongsi padang dengan sekolah jirannya. Yang hebatnya murid-murid tersebut bergaduh ala filem Tamil. Bawa kayu hoki, pisau pemotong daging dan lain-lain. Hebat tak murid-murid sekarang? Persoalannya kenapa begitu jadinya, lain yang diajar oleh guru lain pula yang dipraktikkan?

Kes 2
Isteri dipukul oleh suami kerana mengejutkannya dari tidur untuk menunaikan solat Subuh. Suaminya tidak pernah solat. Natijahnya orang perempuan jika hendak bersuami kena selidik latar belakang bakal suami dahulu. Ibubapa yang diberi amanah pun kena periksa juga bakal menantu. Tersalah pilih buruk padahnya. Zaman huru hara ni, ibubapa pun jadi serba salah dibuatnya. Dilarang nanti ada yang lari ke Siam atau tak balik rumah terus. Susah, susah sekarang ni.


Kes 1 dan 2 melibatkan kita. Sebagai guru kita memikul amanah untuk mendidik bukan setakat meluahkan isi kandungan buku sahaja. Sebagai ibubapa kita juga memikul amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

2 comments:

jm said...

budak2 pun dah cepat naik suhu skrg ni, zan.yg kat pdg tu , cikgunye kat mana ye.meeting ke

mpmn said...

jm..

tak tahulah pulak. masa bila dia org bergaduh. waktu sek atau waktu petg atau waktu cuti sek?

pengajarannya jgn sangka bdk kecil skrg tak blh buat sesuatu yg berbhy. kita sbgi guru dan ibubapa perlu berwaspada sentiasa dan berdoa pd Allah.