ragam bersalam di Malaysia
salam orang yang tak ikhlas
- hanya bersalam di hujung jari saja
salam budak-budak rock dan yang sewaktu dengannya
- sambil bersalam menemukan jari-jari tertentu
salam kenduri perkahwinan
- ada sesuatu di tapak tangan
salam pendekar
- pegang ibu jari
salam sunnah Nabi
- menemukan seluruh tapak tangan sambil berselawat
- jika sebelum bersalam pernah bermusuh maka selepas bersalam kedua-duanya berbaik
semula tanpa menyimpan sebarang dendam.
- salam yang sampai ke hati.
Tuesday, March 9, 2010
Sunday, March 7, 2010
Cuim Tangan
Anak cium tangan ibubapa
-mengharapkan keredhoan kedua ibubapa
-menjadi anak yang soleh dan solehah
Isteri cium tangan suami
-mengharapkan keredhoan suami
-menjadi isteri yang solehah
Peminat cium tangan artis
-minat gile
-ambil kesempatan
Rakyat cium tangan pemimpin
-bodek
-cepat naik pangkat
-dapat projek baru
Rakyat cium tangan raja
-kasih setia
-terpaksa
-mengharap sesuatu
Rakyat cium tangan ulama
-dapat keberkatan ilmunya
-tanda kasih yang tidak berbelah bagi
-mengharapkan pimpinannya
Agaknya apakah yang mendorong seseorang itu mencium tangan seperti yang dinyatakan di atas.

Wednesday, February 10, 2010
Tanda Akhir Zaman
----------------
Now playing: Inka Christie - Yang Kunanti
via FoxyTunes
Apakah faktor yang menggugat keharmonian rumah tangga? Rumah tangga yang dibina beberapa tahun akhirnya retak dan terbelah kerana kecurangan isteri dan suami. Yang memilu dan menakutkan ialah isteri yang memadu kasih dengan lelaki lain hingga sanggup berzina tanpa rasa bersalah dan berdosa besar.
Contoh kes terdekat dengan saya terjadi pada dua pupu. Orangnya bijak, student luar negeri keluaran MRSM, berjawatan besar di salah sebuah bank tempatan. Berkahwin, isteri boleh tahan juga cantiknya dan memiliki dua anak. Dalam diam isteri telah bercinta dengan jantan lain dan perkahwinan diakhiri dengan perceraian serta membawa bersama kedua-dua anaknya. Dua pupu saya akhirnya sakit hingga dibuang kerja kerana mentalnya sudah tidak normal lagi. Kasihan pada dia dan keluarganya.
Jika kita baca akhbar dan majalah, berita 'kejalangan' si isteri kerap dipaparkan. Antara punca yang menyumbang kepada amalan kemurkaan Allah ini ialah wujudnya sistem sms, laman sembang sosial spt facebook, dll. Sesiapa pun boleh masuk dan menabur 'jarum beracun'. Isteri pula memberi respon hingga akhirnya cinta pun berputik dan kerana sudah terlalu sayang maka sanggup ditiduri oleh kekasih 'gelap'.
Ada juga 'kejalangan' isteri diketahui oleh suami. Suami yang dungu ini kerana terlalu sayang pada isteri sanggup menerima isterinya lagi. Sebagai lelaki, saya langsung tidak boleh terima suami yang 'bodoh' ini walaupun akademiknya cemerlang. Tak ada maruah diri.
Kesimpulannya sekarang ini, jangan terlalu percaya pada isteri anda. Beri amaran awal-awal. Berani buat berani tanggung akibatnya.

Tuesday, January 26, 2010
TANGGANG MODEN
Kebelakangan ini kita sering dipaparkan dengan peristiwa yang menyayat hati iaitu anak membuang/menghina/memukul dan tidak mengakui ibu bapanya yang telah melahirkan mereka dan membesarkan dengan penuh kasih sayang.
Kenapa terjadi perkara yang menyedihkan ini? Kurangkah didikan agama yang diterima? Salah guru di sekolahkah atau didikan yang amat longgar oleh ibu bapa? Atau keadaan persekitaran yang mengubah pendirian anak-anak hingga tergamak memperlakukan ibu bapa mereka begitu hina sekali?
Islam mengajar 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. Nabi menyuruh hingga 3 kali berbakti pada ibu dan kemudian baru bapa. Adakah anak-anak tidak tahu perkara tersebut? Atau sudah terhakiskah kepercayaan mereka pada agama nenek moyangnya?
Suami jadi dayus kerana mengikut cakap isteri. Akhirnya sanggup mengenepikan ibubapa semata-mata kerana menurut kata isteri yang jahil dalam agama. Nabi Ismail as menceraikan isterinya apabila diberitahu secara berkias sahaja oleh bapanya Nabi Ibrahim as tanpa bersoal jawab. Itu tanda anak yang penuh iman di dada. Abdullah anak Saidina Abu Bakar menceraikan isterinya Atiqah apabila diarahkan oleh bapanya semata-mata kerana Abdullah telah cuai ke masjid untuk bersolat jemaah lantaran terleka oleh gurau senda isterinya yang cantik itu.
Hari ni jika ada bapa yang mengarahkan anaknya berbuat begitu kerana alasan yang sama adakah anak akan mengikut? Rasanya soalan yang akan keluar ialah, mengapa? Saya cintakan isteri saya dan lain-lain.
Anak lelaki tidak lepas dari tanggungjawab kepada kedua ibubapanya hinggalah dia sendiri dikebumikan. Jika ibubapanya sudah meninggal dunia kewajipannya mendoakan roh ibubapa mereka. Menghantar tahlil dan lain-lain. Bukan sedih atau menangis ketika kematian sahaja. Beruntunglah mereka yang dapat mendidik anak-anak mereka hingga ke tahap begitu.

Sunday, January 24, 2010
Kerana Mulut Badan Binasa
Rasanya sudah lama saya menyepi dari dunia blog. Cukup membaca blog kawan-kawan. Inilah masalah saya. Kejab bersemangat, kejab sejuk. Kali ini saya hendak bercakap pasal topik di atas. Idea ini tercetus setelah membaca berita dari akhbar.
Apabila difikirkan dengan keadaan umat manusia khususnya di Malaysia hari ini, sangat merunsingkan. Seolah-olah manusia hari ini sudah hilang pertimbangan yang waras. Mengambil tindakan tanpa berfikir panjang dan akibat yang akan ditanggung.
Tajuk cerita saya ialah berkaitan seorang pelanggan yang disimbah dengan air panas kerana memarahi tuan punya kedai yang lambat menyediakan minuman yang dipesannya. Biasanya kita diajar 'pelanggan adalah raja atau pelanggan sentiasa benar;. Tapi hari berkenaan tuan kedai lupa semua petua perniagaan dan tiba-tiba naik minyak lalu menyimbah air panas.
Natijahnya tuan kedai tersebut mesti ditahan dalam lokap dan akan dibicarakan, Kedai dia mungkin dihindari oleh pelanggan atau pelanggan tetap datang dan sentiasa bercakap lemah lembut kerana takut disimbah dgn air panas,
Pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa berkenaan ialah kita mesti berhati-hati apabila berurusan dengan manusia hari ini. Sikap rakyat Malasysia hari ini sangat sukar diduga. Bagi peminat warung kopi, anda hendaklah sentiasa mengawal percakapan dan sentiasa sabar jika pesanan lambat sampai. Takut bukan dapat air panas tetapi pisau yang dilayang ke tengkuk.
Begitu juga kalau kita pandu kereta, jangan tak pasal hon orang depan kerana dikhuatiri akan disondol atau dihentak dengan besi atau cermin kereta dipecah. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Tuesday, January 5, 2010
2010 dan cabarannya
2010 sudah pun membuka tirainya.. Bermacam-macam perkara yg bermain di benakku.
Rasanya sejak kebelakangan ini, kesihatan tak mengizinkan. Mampukah aku menjalankan tugas sebagai GB sebaik yg mungkin? Rasanya smgt aku semakin luntur kerana jemu dan letih berulang alik dari sekolah ke rumah?
Masihkah aku di sekolah lama atau akan bertukar ke Temerloh?
Mampukah aku menjadi penternak ayam kampung utk di pasarkan di sekitar Temerloh? Dengar cerita harganya lumayan.
Mampukah aku memanfaatkan tanah di sekeliling rumah ku ini utk bercucuk tanam seumpama menanam cili padi dan pokok pisang?
Mampukah aku belajar dan mahir dalam main keyboard dan bongo?
Mampukah aku belajar lagu-lagu berzanji? Mampukah aku mendidik anak-anak ke arah kemahiran tersebut?
Mampukah aku menghafal surah-surah yg diamanahkan oleh guruku utk bacaan ketika solat suboh?
Dapatkah aku bersuluk pada tahun ini dan kalau dapat, boleh aku bersuluk dgn tenang tanpa teringat hal-hal keduniaan?
Mampukah aku ??????? rahsia.rahsia.

Friday, January 1, 2010
Talkin
Hari ni tadi sekolah aku buat gotong royong. Maklumlah kena berpindah ke bangunan baru bagi Tahun 1 hingga 3.
Semasa berehat, ada penjaga bercerita (staf felda plantation) ketika dia hadir ke pengkebumian org asli di rompin, tukang baca talkin (di kalangan org asli) baca talkinnya begini....
jika kau dipukul belah kanan, elak ke kiri
jika kau dipukul belah kiri, elak ke kanan
jika kau dipukul tengah-tengah, pandai-pandailah nak mengelak.
dari satu sudut, kelakar sangat bunyinya.
dari satu sudut lain, org asli ni perlu sentiasa dibimbing oleh pihak yang bertanggungjawab. Jangan selepas mengislamkan mereka, lalu mereka dibiar.
teringat aku semasa aku jadi gb di sk senderut, kuala lipis. org islamnya tak ramai. cg aku tanya salah seorg yg mengaku islam. Babi makan tak? Isy babi tak makan, tp kuahnya saya hirup.

Subscribe to:
Posts (Atom)