Friday, June 26, 2009

BAHAYA KEDAI MAMAK

Maaflah kerana sudah lama tidak memasukkan entri. Memandangkan Faris sudah beri 'kad kuning' terpaksalah aku memerah otak utk berkongsi sesuatu dgn harapan apa yg aku paparkan dapat dikongsi manfaatnya. Baru ini aku beli majalah Al Islam dan aku tertarik dgn isu penipuan yang dilakukan di kedai mamak. Sapa tak beli lagi majalah ni, eloklah dapatkan dgn segera dan boleh mengetahui ceritanya dgn lebih lanjut. Lebih kurang isunya ialah kedai mamak yg dimiliki oleh pengusaha yang bukan beragama Islam (Hindu). Bagi mendapatkan kepercayaan pelanggan yang beragama Islam maka restorannya telah dihiasi dgn ayat-ayat al Quran. Maka berduyun2lah org Melayu yg beragama Islam makan di restoran tersebut. Masalahnya pekerja2nya adalah diimport dari India yg juga beragama Hindu dan ayamnya dibekalkan oleh peniaga Cina bukan Islam. Sudah tentu ayamnya tidak disembelih dan haram dimakan oleh org Islam.
Untuk meyakinkan hati kita apabila masuk ke restoran mamak, cuba formula ini. Pertama beri salam pd pekerja di restoran tu. Kalau tak tahu jwb salam tu, maknanya bukan org Islam. Kedua tya siapa tokehnya? Lain2 tu cuba 'trick sendiri'. Nak senang jgn masuk kedai mamak.
Faris setahu aku restoran Ibrahim Maju di taman kau tu kepunyaan tokeh yg beragama Hindu. Tuan punya restoran tu adalah pembeli besi buruk. Ibrahim Maju tu semua dia punya. Kawan aku pernah nampak dia beli ayam dari peniaga Cina. Sejauh mana betul aku tak tahu. Tapi aku dah boikot restoran tersebut. Hati2 wahai kawan2 agar makanan yg masuk dlm perut kita hanya yg halal sahaja. Jalan penyelesaiannya ialah masak sendiri atau kunjungi kedai makan org Melayu yg beragama Islam. Kedai makan org Melayu juga kena diteliti. Bukan boleh makan sembarangan. Itu sahaja cerita aku. Apa komen anda semua??

7 comments:

yusofsipan said...

aku jarang makan di luar dan makan di kedai mamak lg la jarang sbb aku alah dgn kuah kari mamak tu, pas makan roti mamak biasanye perut aku terus meragam....

bab makan minum ni mmg ler kena jaga kerana drpnya la yg akan menjadi darah daging kita!

teropong said...

memang bonar,cakap ekau tu.kedai mamak kita perlu berhati2,kebanyakkan tokeynya beragama hindu.setahu eden ditempat eden kedai pelita yg famous tu tokey nya hindu.nasi kandar kayu tu pula guna jin (ikut kata haron din)untuk panggil pelanggan.

yang eden pasti subaidah,nasmeer memang tokeynya orang islam,tapi supplier barang bahan makan eden kurang periksa.

mcm mana pulak dgn Kareem corner yg kita selalu lantak tu......

yusofsipan said...

ko ler yg selalu melantak kat Kareem corner tu.... nama jer teropong!!! Lepas ni ko teropong betul2 setiap kedai yg ko nak berhenti makan/minum tau!!! hehehe

mpmn said...

bukan setakat karem corner di upsi tp kedai mamak yg siap bagi diskaun di genting, takkan hg lupa. tp kalau gi Mekah n jika ada kedai mamak di sana, jgn risau pekerja n tokehnya mesti Islam, Makanannya juga mesti halal. sebab org kafir tak boleh msk sana.

Faris said...

Pirzan,
Terima kasih di atas makluman kau tu. Aku baru balik dari kuliah di UPSI, terasa penat juga badan tetapi sempat menatap blog rakan2. Restoran Ibrahim Maju di taman aku ni memang sentiasa penuh orang terutama pada waktu malam. Tentang pemiliknya aku tak pasti kerana aku jarang makan di situ. Di taman perumahan aku ni terdapat 3 kedai mamak. Selalunya aku beli roti canai Melayu yang dijual di pasar Semenyih pada hari minggu sewaktu ke pasar membeli ikan dan ayam.
Kalau rasa was2 dgn kedai mamak tu, baik elakkan saja. Bagus juga entri kau kali ini. Teruskan dengan entri baru seberapa kerap. Lepas ni mungkin entri blog aku yg slow kerana dh sibuk kuliah. TK.

kembara kelana said...

pirzan
kalau kau tau, kau kena buat aduan pada jabatan agama islam atau pihak berwajib..wajib atas kepala kau tu..jangan kau biarkan masalah itu. ok, bab kedai mamak ni, memang betul kata usop sipan, aku pun sama, aku tak boleh kena kari dia banyak sangat kas kas..aku kalu boleh elak aku elak...tapi baru ni aku dgn sop kena asampedas ikan mayung kedai melayu...kena ikan tu busuk pulak...aduhhh sakit hati betul..entahlah jan, eloklah kau berpesan tu

mpmn said...

pd aku bab mkn ni bkn kedai mamak aje yg kita perlu berhati2 tp kedai org Melayu juga. Maklumlah org Melayu skrg sdah hlg origanalitinya. Maksud aku dulu kalau sebut Melayu bererti Islam tp skrg Melayu dah bersepah yg murtad, tak peduli ttg agama n mcm2lg. aku selalu tgk peniaga org melayu guna kicap buatan cina. aku dpt tahu dr sbr yg tak sahih kicap cina dicampur dgn tlg babi. sejauh mana betulnya aku tak pasti. yg ptg kena berhati2. pelik b ajaib, pya byk kicap keluaran org Islam, kcp org bkn Islam juga diguna. Itulah tak pekanya peniaga Melayu terhdp kesucian makanan.