Thursday, November 5, 2009

Kerbau Pak Malau

Petang semalam saya ke KL (wangsamaju). Urusan jemaah. Sampai rumah dalam jam 3 pagi. Saya tinggalkan 3 org anak lelaki bersendirian ( do re mi). Yg tua th 6, no 2-10 th dan yg kecil 6 th. Sebelum pergi dah pesan spy tutup pintu rumah, tutup pintu pagar. Itulah budak, yg belum boleh menerima tanggungjawab. Pintu pagar terbuka luas. Pintu rumah pun tak berkunci. Nasib baik pencuri/perompak tak masuk. Tapi kalau masuk pun, rumah saya bkn ada benda mahal-mahal. Buang karen je. Yang nasib tak baiknya, kerbau sudah masuk. Saya tak tahu pun kerbau dah masuk dan saya pun tutup pintu pagar dgn rasa lega. Sebab sebelum ini pun sudah beberapa kali kaw. rmh saya diceroboh oleh kerbau-kerbau tersebut dan melepaskan kemarahannya pada tanaman yg ditanam. Bila saya masuk dalam rumah dengar bunyi tapak kaki kerbau. Adalah dlm 14 ekor sdg berbaris nak keluar pintu pagar. Tapi tersekat kerana pintu pagar telah ditutup. Saya sudah tahu apakah nasib tanaman di belakang rumah. Pagi ni semuanya sudah gondol. Kerbau masih lagi dlm kaw rmh. Sengaja sy tak keluarkan. Nak tengok rupa tuan pya kerbau tersebut dtg menuntut kerbaunya. Ingat nak repot polis. Apa nak buat?

4 comments:

jon said...

zan, kau cop je kerbau tu dgn cop rasmi kau... catat sikit sudah semak/ lihat .hehehe

jon said...

aku cuba bayangkan . kau berdiri kat pintu pagar dan tuan kerbau datang ambik kerbau ..

mpmn said...

anak aku ckp tuan kerbau tu dah dtg tgh hari tadi. dia suruh anak aku buka pagar utk halau kerbau tu keluar. melaun punya tn kerbau. tn puyn kerbau tu yg baghal mcm kerbau. aku malas le nak pjgkan kisah, maklumlah aku ni hya org baru di sini. anggap je semuanya ujian Allah. Maka aku wajib bersabar. Lunyai pkk pisang aku, pkk lada hlg tak dpt dikesan, anak pkk nangka, anak pkk mangga, togel dikejekannya. sabar..sabar. bom jerangkap samarnya bersepah-sepah.

noris said...

mpmn,kenape kamu tak tahan seekor untuk buat korban tak lama lagi.Tapi beritahu tuannye dulu.jerangkap samarnya buat baje.Tuhan uji kesabaran kamu.