Friday, April 9, 2010

Lebuhraya Berhantu

Kemudahan lebuhraya sangat membantu pemandu-pemandu di Malaysia khasnya memandu dalam keadaan selesa. Masa yang panjang dapat disingkatkan. Jarak yang jauh dapat didekatkan.

Kemudahan r n r dan lori penarik kenderaan juga disediakan untuk kemudahan pengguna. Tapi pengguna wajib membayar tol yang telah ditetapkan.

Masalah aku ialah pengguna dah le kena tol tapi jika nasib tak baik kena saman pula kerana memandu melebihi had laju. Apa tujuan lebuhraya dibina? Bukankah ia dibina untuk mempercepatkan perjalanan. Jadi biarlah jika ada pemandu yang hendak memandu seperti ribut sekalipun. Lagipun kereta yang mereka miliki mampu bergerak dengan laju. Kereta BMW tapi 'lari' 110km perjam. Risiko tanggung sendirilah.

Aku rasa setiap pemandu tahu had kemampuan keretanya. Jadi sudah pasti mereka akan memandu mengikut keadaan dan keupayaan keretanya. Kenapa nak saman pulak? Patutnya saman yang bawa kereta 'slow' hingga menganggu kenderaan lain.

Bukannya free jalan tu, kena bayar. Kadang-kadang melebihi duit minyak. Kalau macam tu lebih baik jangan bina lebuhraya.

5 comments:

zaijb said...

ishhh... tak faham ngan mpmn..he

tapi kita pun sedia maklum kan... kalau kereta2 yg bawa laju tue... terlangar tergolek2 dia jee yg kena tak pee... TAPI... ingat mereka2 ini menybbkan orang lain terlibat sekali... hingga meragutkan nyawa... tak begitu...
jalan raya dibina utk mempermudahkan bukan utk berlumba....

hanya pendapat hamba yg kecil lagi hina....huhu...

zorro said...

eeeehhhhhh, ekau kena saman ke. sampai melalut mcm ni?

suspen aku baca, cari perenggan yg menceritakan ttg hantu....mana hantunya. ekau jadi hantunya ye....

jangan naik angin kalu nak zzzaaaaaappppppp sekalipun.

zorro said...

eeehhhh.... blog ni kut berhantu...sebab tak ade respon pun...

mcm mana aku nak zaaaaaaappppp kalu tak respon

mpmn said...

zaijb...

saya tak kisah pun jika pendapat yg diutarakan berbeza. setiap org mempunyai pdgnnya yg tersendiri.

entri yg dimskkan ni pun mmg kontroversi. mesti ada pro n kontra.

mpmn said...

zorro..

sori lama tak respon. sibuk cikit. byk benda nak urus.

aku mmg kena saman. saman ekor. bukan laju pun cuma 130km, lebih 20km. org rmh aku yg pandu. org rmh aku mmg kaki speed. aku slow n steedy je.

dulu, th bila aku dah lupa. masa samy vellu jadi menteri pengangkutan, sibuk nak kaji had laju di lebuhraya. berapa sepatutnya dinaikkan. akhirnya senyap je.

beritahulah kajian yg diperolehi. kemalangan di lebuhraya ini adakah kerana kelajuan, kecuaian pemandu, faktor jalanraya, faktor kenderaan tu sendiri. Faktor mana yg plg tinggi peratus ke arah menyumbang kemalangan.

ada seorg pemanggil di radio pernah mengatakan di barat, pemandu yg slow akan disaman. rasanya kelajuan bawah had yg tertentu akan disaman.

berbalik di negara kita, aku rasa pemandu2 di Malaysia ni gagal menahan diri dari memandu melebihi had kelajuan yg dibenarkan. kdg2 aku terfikir, had kelajuan yg ada skrg ni sengaja diteruskan utk sng nak saman pemandu yg memandu melebihi had.

cdgn aku patutnya ditingkatkan lagi had kelajuan. cth 140km. tapi tengok lebuhraya juga. lebuhraya karak-kl mesti dikekalkan kerana jalannya bahaya.

itu yg aku rasa. mcm kwn aku sorg tu, dia bawa bmw. 110km baru suku meter kete dia je. mana tahan. akhirnya dia kaki pecut juga. tp masih dlm tahap selamat.