Sunday, July 19, 2009

Balik Kampung

Lama dah aku tak hantar entri. Nak kata sibuk sangat tak juga. Mungkin tak ada idea. Jadi sementara menanti peluh di badan kering, aku mengambil kesempatan masukkan entri baru.
Lepas sembahyang Jumaat aku terus ke Bandar Seremban utk satu urusan yg sangat penting. Tapi tak boleh cerita dlm blog ni kerana terlalu rahsia. Memandangkan urusan tu baru boleh selesai pada petang Ahad maka aku terpaksa berehat di rumah emak di Rembau.
Bagi mengisi masa, pagi Sabtu aku ke kebun buah utk mengambil buah dokong. Pokoknya sebatang je tp nak menghabiskan buahnya sampai tengahari juga. Nasib baiklah skil memanjat pokok aku masa kecil masih tak ditelan masa dan usia. Tp keberanian tu sudah menurun, tak le spt zmn kanak2 dulu.
Pagi Ahad panjat pula pokok rambutan depan rumah. Memandangkan buahnya sudah di hujung, omak aku suruh tutuh je, biar tumbuh yg baru. Itu pun sampai ke petang mengerjakannya. Kerja menutuh dahan ni perlu skil juga, kalau tak pandai nanti masa dahan tu nak jatuh ia boleh sepak muka atau badan kita. Kena berhati-hati. Bukan nak makan sangat tp sayang buah tu gugur begitu aje. Lagipun boleh agih2 pd saudara mara dan kenalan. Sayang kwn2 aku duduk jauh2 belaka. Kalau tidak tentu aku hantar sampai ke pintu.

5 comments:

cikguyusof said...

kalau kau nak hantar buah2 tu kat aku di MuO ni pun bknnye jauh sgt, hendak tak hendak jer....hehehe, jauh lagi Sabah kan???

Teja said...

nak sket....

Faris said...

Jang,
Kalau ekau nk htr ke Kajang ni pun bukannya jauh sangat. Bolehlah aku meraso rambutan rembau tu.
Begitulah bila balik kampung. Aku pun bila balik kg org rumah di Muor, terutama musim buah habis semua pokok aku panjat. Baik rambutan, rambai, manggis dan durian. Durian!? Acah aje tu, takkan nak panjat pokok durian kan sbb durian gugur sendiri. Mmg di kg, pagi2 aku dgn org rumah aku ke kebun kutip durian bila musim sbb org rumah aku mmg hantu durian. Aku pun hantu tapi terpaksa kawal bila dh byk penyakit. Selalulah ziarah kg halaman.
Bila kau mengomen blog orang byk sgt idea, blog sendiri x ada idea ye.... Jgn smpi org beri batu nesan Jang... Oooo... Jang...

Lee said...

Pirzan, I juga pandai panjat pokok tau? Masa I kecil belakang rumah ada kebun buah-buahan, apa pokok pun I pandai panjat, jambu, guava, duku, manggis, rambutan, buah rambai dll. Tomboykan I ? Tapi sekarang dah lama tak panjat, miss the fun.

mpmn said...

sop pasai apa hg ckp sabah. aku hya kenal member upsi je di sabah tu. tp tak apa. org jhr, sop teja n lee jgn risau aku nak ke jhr minggu ni htr anak ke politek JB. kalau ada buahnya n tak rosak lg aku hantar. aku tak sangka ai yang pun pandai panjat pkk. tp pkk kelapa boleh panjat ke? faris aku tak balik ikut kajang, tp ikut kuala pilah. kalau tidak mesti aku lambak buah tu dpn rmh kau. bior kau laki bini tersandar n sendawa buah dokong. kesian pulak aku kat teja ni asyik nganga je mulutnya. bila nak katup. tak penat2 ke?