Sunday, July 19, 2009

Minggu Mendebarkan & Kalut

Aku nak pecahkan rekod yg aku buat. Dalam sehari 2 entri aku hantar.
Rasanya minggu ni membuatkan aku kalut n berdebar tak tentu pasal. Berdebar bukan jumpa marka baru tp kerana nak ditemuduga pd khamis ni. Ulangkaji tak buat apa-apa lagi. Besok pula ada taklimat tatatertib di PPD. Petang selasa kena mendaftar di Tekam Resort utk kursus pengurusan ICT. Kursus hingga khamis n temuduga hari khamis juga. Gambar tak ambil lagi. Borang prestasi PPD tak tandatangan lagi. Susah sangat nak jumpa bos aku tu. Gambar tak ambil lagi. Sabtu ni ada mesyuarat agong Pengakap Daerah. Aku bendahari. Akaun tak buat lagi. Pagi Jumaat nak ke SBP Pekan ambil kad prestasi anak yg akan menduduki PMR n terus bawa balik. Petang pula nak JB hantar anak. Hari Ahad kena ke Pekan semula hantar anak. Minggu ni juga org JPN nak turun untuk audit inventori. Kalau org perempuan kena meroyan aku ni. Bagai nak terbeliak mata aku dibuatnya. Aduhai peningnya kepala aku. Awatle kalutnya minggu ni dlm hidup aku. Aku ingat nak minta ubat pening kepala dgn Zaijb le. Boleh ke sop? Tolong!!!!!!

7 comments:

ybs said...

nape tanye aku pulak pirzan.... mcm2 hal la kau nie!!!

Faris said...

Pirzan,
Biasalah dalam kehidupan kita ni. Ada kala kita relax santai sesantainya kerana tak ada keje nak buat. Ada kala juga sampai tak cukup kaki dan tangan yang ada dua ni. Yang penting adalah pengurusan masa dan prioriti tugas. Kalau yang betul2 perlu tu, hadirlah. Kalau tak perlu, empowerment aje kat PK tu. Walau sesibuk mana tugas, kerjaya sendiri jangan diabaikan kerana itu adalah yang paling mustahak. So, proses temuduga itu adalah penting ketika ini. Semoga kau bijak laksana kancil yang mempunyai akal yang pintar.
Selamat Bertemuduga.

rozita said...

Wah..Cantiklah jam tu!!
Sesungguhnya masa tak pernah menunggu kita, cuma kita yang selalu leka dengan kesibukan yang selalunya kita cipta sendiri hingga kadangkala kita merasakan seperti tidak cukup masa.
Dan perlu selalu diingat... bahawa setiap masa yang berlalu itu akan bertambah hampir kita dengan Nya.Sudah cukup bersediakah kita???

emzex said...

kenapa kalut,ekau kan pakar dgn peranti2.guna la peranti2 tu.

eden jua samo dgn ekau,mandi tak basah ,makan tak lalu,tidor tak lena.....

awat jadi lagu ni haaa.interview eden hari jumaat.jenuh eden khutbah la kat penemuduga, akat dia yg khutbah eden.

teropong said...

ita, kenapa nak diherankan dgn jam tu.mpmn kan hero bunga.

jam tu pun ada ciri2 hero bunga.heheheheh.

AnakPerantau said...

ybs: aku ty sbb menghormati kwn.
faris: aku bkn tak nak empower pd PK, cuma kdg2 aku krg ykn dgn PK aku. kalau dah terpaksa aku passing juga.
rozita: aku ltk jam tu biar aku ni sentiasa beringat. ttg persediaan utk kembali tu, aku rasa belum bersedia lg. byk sangat lompangnya. aku hya harapkan rahmatNya. kalau nak disyukuri tak tersyukur dek kita akan nikmat yg melimpah2.
emzek n teropong: kalau ada peranti yg boleh dibaca melalui cermin mata kan bagus. seolah2 kita memandang ke depan tp sdg membaca nota di kaca mata. aku bukan hero bunga, ada lg kwn kita yg hero bunga. mana blh rampas title tu. mengamuk dia nanti.

tok batin said...

lompang depan pagar kau tu perlu ditampal.kalu tak nampak tersonggeh aje.hehehehhe