Tuesday, July 28, 2009

Siri 2 Cerita Guruku

Cg Aziz telah mengingatkan aku peritiwa semasa Th 6. Guru ni orgnya kurus dan tinggi. Setiap kali perjalanannya ke kelas aku dia sentiasa menghisap rokok dn bila sampai depan kelas dia akan buang rokoknya dlm longkang wp belum habis. Kedua yg aku ingat ttg cg aku ni ialah penamparnya yg hinggap di pipiku yg tak berdosa, semata2 kerana aku menconteng papan hitam. Ketiga pensel kontot aku telah dicampak oleh guru ni. Ingatkan nak beri yg baru tp dihumbannya. Nasib...nasib. aku telah dimalukan oleh seorg guru.

Tahun 1975 aku berada di T.1 di sebelah sekolah rendah lamaku. Guru yg sangat aku ingat ialah guru Kemahiran Hidup, seorg lelaki India. Aku ingat guru ni ada masalah mental. Aku dan rakan2 yg lain telah disebat dgn wayar elektrik hanya kerana salah bertanya, tak tahu jawab soalan. Sakitnya mengalahkan disebat dgn rotan, nak duduk atas kerusi masih terasa sakitnya. Sakitnya hati aku ketika itu hanya Tuhan sahaja yg tahu. Tak apa, oleh kerana aku ni telah dilatih berdikari sejak kecil, maka aku telah memakai seluar 2 lapis apabila ada mata pelajaran KH. Bila kena rotan aku hya perlu berlakon ...sakitnya.. tp tak rasa apa pun.

Awal tahun 76 semasa tingkatan 2, aku ditukarkan ke sekolah kem terendak melaka. Parent aku buat keputusan tanpa bertya sepatah ayat pun pd aku. Agaknya dia org tgk aku ni nakal sangat kerana dimanjakan oleh nenek. Jadi utk mendisiplin anaknya maka mesti dihtr tinggal di asrama kem terendak, yg diuruskan oleh askar dan diterapkan disiplin askar dan didenda mcm askar juga. Aku ank yg patuh, aku menurt sj tanpa membantah kerana jati diri aku yg kuat. Guru BM aku namanya Khadijah. Dia pernah menasihati aku spy belajar dgn tekun, jika tdk akan ggl dlm LCE baru menyesal". Sbb dia tgk aku tak serius n suka main. Aku jwb, "sy tak main cg". Terbukti kebenaran kata2 guruku itu. Aku kandas dlm LCE dan terpaksa balik kg dgn perasaan malu. Peraturan asrama tu, siapa gagal kena keluar dari asrama.

Tahun 79 aku naik ting.4 setelah berjaya menebus kehampaan pd th 77. Sekali lagi aku bertukar sekolah di sm tampin.n9. Sekali lagi aku berhdpn dgn cg yg bernama Aziz dan mengajar BM. Yg menariknya ttg cg ni ialah dia melarang mrd lelaki kelas dia sikat rambut tengah. dia suruh sikat tepi. Masa tu fesyen bdk2 sek dah mula sikat tgh. Pelik sungguh aku peraturannya. Tp aku akur wp hati membantah. Taat pd guru.

itu shj cerita guru2 yg aku ingat dgn peristiwanya. Bkn bererti aku tak ingat guru lain.

No comments: