Tuesday, October 13, 2009

2027

Hari ini sek saya telah dikunjungi oleh pegawai Tabung Haji (TH). Tujuannya adalah untuk memudahkan pelanggan (guru-guru, murid-murid dan ibubapa) membuka akaun dan menambah simpanan.

Minima akaun boleh dibuka hanya RM2 sahaja. Kelebihan yg akan dinikmati oleh murid-murid sekolah jika aktif menyimpan adalah spt berikut:

upsr dan pmr- boleh mengikuti bengkel upsr dan pmr. gabungan TH dgn Berita Harian. Yuran percuma cuma ibubapa kena hantar sendiri ke tpt bengkel.

biasiswa TH utk lepasan SPM yg ditawarkan ke IPT. Syaratnya aktif menyimpan dan sudah tentu keputusan peperiksaan cemerlang. (mungkin akan diperkenalkan th dpn)

kad keahlian - dgn kad tersebut pelajar akan mendapat diskaun belian barangan dan masuk ke tpt2 tertentu utk lawatan. cth zoo negara dll. Diskaun kedai2 yg sudi bekerjasama dgn TH. Tunjukkan kad keahlian tersebut.

Menarik kan!!!! Apa tunggu lagi. Kempenlah anak murid kita utk buka akaun. Utk diri kita pula jika th ini daftar utk menunaikan haji maka gilirannya akan jatuh pada 2027. Sempat ke? Ada rezeki mungkin dpt cepat. Yg penting daftar.

No comments: