Sunday, October 11, 2009

Ikhtibar Bagi Yg Berfikir

Satu dunia sudah mengetahui bencana yg menimpa Sumatera Barat, bandar org Minangkabau. Juga tempat asal asul aku. Sebuah negeri yang aman makmur dan dikurniakan dgn kesuburan tanah. Hingga org di sana pernah mengatakan secara berlawak, "di situ tiada org tua yg pakai tongkat, jika ada yg pakai tongkat nescaya tongkat yg dipasak ke bumi akan tumbuh jadi pokok." Begitulah suburnya negeri itu.

Kesimpulan yg boleh aku ambil dari peristiwa ngeri itu ialah, kematian boleh menjemput kita bila2 masa dalam berbagai2 cara yg tidak terfikir pun oleh kita. Patutnya dgn melihat kematian yg mencecah ribuan org akan menginsafkan kita yg melihat dan mendengar. Maksudnya bagi yg leka dan lalai dgn keasyikan dunia hendaklah kembali kepada Allah. Bagi yg nyata melanggar hukum Allah, hendaklah bersegera bertaubat dan kembali pada ajaran Agamanya yg dibawa oleh Rasulnya.

Tapi ada juga manusia yg melihat peristiwa itu tanpa menambahkan keimanan. Biasa aje. Hanya sekadar sedih melihat kematian, kehidupan yg tidak terurus kerana kehilangan org yg tersayang, tpt penginapan, kemudahan asas yg terputus.

Maksud aku kehidupan kearah beragama tidak ditingkatkan. Tetap macam biasa. Seolah2 kita lupa bahawa kita juga bisa mati bila2 masa dgn cara yg berbeza. Kesedaran dan persediaan itu yg penting.

Aku menonton Majalah TV3, yg membuat liputan peristiwa gempa bumi tersebut. Pengacara seorang wanita yg nyata melanggar hukum Allah. Tak tahulah aku, apb kembali ke Malaysia dia mendapat petunjuk lalu berubah menjadi muslimah yang sejati. Rakyat Malaysia khususnya, patut mengambil peristiwa tersebut sebagai titik tolak utk melakukan perubahan menjadi seorg muslim/muslimah sejati sebelum terlewat.

3 comments:

Kembara Kelana said...

pijan
myhas tu ialah hasmah kelas aku..kau ni, waris kau tuu

yang sdg islahdiri said...

mmg betul pirzan, kematian akan datang menjemput kita pd bila2 masa....masalahnya sudah bersediakah kita???

mpmn said...

kk... aku tak kenal hasmah dari namanya tp kalau jumpa pasti aku kenal.

ysi...kalau kita dah tahu mati boleh berlaku bila2 maka kita wajib bersedia. Maksudnya meningkatkan amal meninggalkan yg mungkar. Banyakan taubat dan sungguh2 memohon RahmatNya. Takut dan Harap mesti ada dlm diri kita pd Allah. tak gitu ysi?