Tuesday, October 13, 2009

Hipokrit

KPM telah menetapkan bulan Okt ini sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan. Ianya merupakan satu langkah terpuji bagi memartabat dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Cuma aku berpendapat perkara ini tidak cukup jika pelaksanaannya hanya di peringkat sekolah sahaja. Yang paling penting semua pihak sama ada pihak kerajaan dan swasta mesti sama-sama bertanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan BM sebagaimana di zaman kerajaan Melayu Melaka dahulu.

Apa yang menyedih dan menyakiti hati aku ialah pemimpin negara sendiri tidak berapa kisah perkara ini. Pada hal merekalah yang selalu melaungkan semangat jati diri. Adakah mereka mempunyai jati diri? Sebagai contoh aku lihat pemimpin negara kita hanya menggunakan BM untuk majlis-majlis yang menguntungkan politik mereka sahaja. Apabila ada majlis/seminar/konvenyen yang berkaitan dengan ekonomi dan yg setaraf dengannya maka pemimpin negara lebih selesa berbahasa Inggeris. Walaupun dalam negara sendiri. Apatah lagi jika ke luar negara. Sepatah BM pun tak akan keluar dari mulut mereka.

Ini sangat berbeza dengan pemimpin negara lain yg mengagungkan bahasa kebangsaan mereka. Mereka tak canggung pun berucap di PBB dlm bhs rasmi negara mereka. Yg penting mesej yg dibawa sampai kpd pendengar.

Berbeza sungguh dgn pemimpin kita, aku lihat mereka akan berbahasa Inggeris apabila ditanya oleh wartawan dlm BI. Barangkali mereka malu jika berbahasa Melayu nanti dikata tak pandai berbahasa Inggeris. Jika benar jati diri diutamakan, gunalah bhs kebangsaan dlm apa jua majlis. Jgn memilih majlis dan audien.

Lantaran tidak seriusnya pemimpin negara kita menjaga bahasa kebangsaan , kita boleh lihat sendiri natijahnya. Rakyat yg merojakkan bahasa kebangsaan apb bertutur, iklan rojak, nama tempat, buku manual barangan, sangat susah dijumpai dlm BM. Bahasa negara lain mcm2 ada. Yg peliknya barangan tersebut 'made in Malaysia'. Begitulah hina dan tidak ekonomiknya BM dikaca mata kapitalis.

Gara-gara siapa? Takkan nak salahkan guru di sekolah. Mungkinkah kerana negara ini pernah dijajah maka rakyatnya masih lagi dijajah pemikirannya?

No comments: