Wednesday, October 14, 2009

Ikut Suka Dia Je

Semalam semasa saya di dlm perjalanan balik ke rumah, kedengaran siren ambulan dari belakang. Rasanya ambulan tersebut dari menghantar pesakit ke hospital Temerloh dan hendak balik semula ke hospital Bentong. Tertulis di ambulan tersebut Bentong.

Memandangkan siren dibunyikan spt membawa pesakit. Saya berfikir mungkin hendak dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Tetapi...

Apa yg memeranjatkan saya ialah ambulan tersebut sedang berhenti di tepi jalan yang terdapat sebuah gerai menjual kuih donat dll. Kelihatan atendan dan nurse sedang membeli kuih. Gayanya tadi mcm nak cepat sangat spt hendak menyelamatkan nyawa seorg pesakit rupa2nya hendak memenuhi tuntutan perut yg berkeroncong.

Saya pernah juga membeli donat di gerai tersebut. Donatnya mmg sedap dan lembut. Tetapi saya dah lama berhenti membeli donatnya kerana peniaga tersebut tidak menutup makanan yg dijualnya wp saya pernah menegur. Bayangkan makanan yg dijual terletak di tepi jalan raya yg sibuk, sudah tentu habuk berterbangan dan hinggap ke kuih2 yg dijual. Takkan org kesihatan tak tahu perkara tersebut. Maaf ya org kesihatan.

Persoalan yg saya hendak timbulkan di sini ialah penyalahgunaan kemudahan dan keistimewaan yg diberi. Patutnya siren hanya dibunyi jika membawa pesakit yg perlu mendapat rawatan kecemasan. Dibimbangi perbuatan ini akan menyebabkan pemandu kenderaan yg memberi kerjasama dgn memberi laluan kpd ambulan berkenaan apb siren dibunyikan merasa tertipu dgn sikap tersebut dan di masa hadapan apb ada ambulan yg membunyikan siren pemandu kenderaan tersebut buat tak tahu aje. Waktu itu betul2 ada org sakit. Tak naya pesakit tersebut.

Kesimpulannya jgn salah guna keistimewaan yg diberi. Tak gitu?

8 comments:

zaijb said...

hahaha... emergency lerr tue perut lapar...
tapi sebenarnya dia dah melanggar kesalahan... tak sepatut begitu... ia juga bukan terjadi pada anggota kesihatan saje tp juga anggota unit uniform yg lain...
manusia begitulah sikap nya... kalau bukan unit uniform lagi lahhh...hehe
gurau2 jee..

pasal makanan tue sy rasa mereka cukup sedar tentang kesihatan tapi kedegilan dan keinginan utk menikmati makanan adalah faktor penyebab... menggunakan perkataan org kesihatan spt menyalah kan kesemua yg berkeje dlm unit kesihatan... tapi yg melakukan nya adalah seorg dua sahaja...
itu lah yg dikata kan berat sebelah... kerana seorg yg buat tp lain terpalit juga..
ubahkan pemikiran kerana kita adalah "manusia" yg sering terlupa dan lalai ... kita bukan malaikat.

Anonymous said...

hehe... perghhh, hangat dh dlm blog ni.

pandangan aku plak, sllnya gitu la... istilah sama ada 'org kesihatan' atau 'guru' ni agak sensitif bunyinye...

tp memandangkan aku ni jenis tk cpt melatah maka selagi aku tk buat apa2 yang menyalahi peraturan, maka aku buat selamba je... hehehe!

sabo zai, berfikiran lebih positif dn matang ok. may b bukan ko yg mpmn maksudkan tu...

zaijb said...

teja,
bukan melatah... cuma penggunaan perkataan tue rasa macam tak selesa... semua nampak salah... sedang kan yg salah tue sorg dua jee yg buat...

tak pee... entry nie sgt bagus...

mpmn said...

amboi zaijb... pjg berjela beri komen. merah padam muka tu kerana menahan kemarahan. nanti aku suruh ybs gi pujuk. kk tak leh sbb dia masih atas bukit. rugilah dia.

aku tak maksudkan semua org kesihatan apatah lg sister zaijb. cuma nak highlight mereka tu k/t kem. kesihatan, patutnya lebih tahu dan lebih dlm kesedarannya dari org luar.

nanti zaijb bolehlah beri nasihat pd anak buah jgn begitu. aku ni ramai geng org kesihatan. kes bawa ambulan bunyi siren tp tak ada pesakit pernah diceritakan oleh kwn aku org kesihatan. apb polis tahan tak ada pesakit. pak polisi tegur jgn buat lagi.

cuma aku nak tegaskan aku bukan cari salah org ni, tp ternampak dpn mata.

mpmn said...

teja...apa yg ko ckp tu benar belaka.

aku setuju dgn pendapat ko. kita ni mcm sama pendirian pulak. aku pun tak kisah kalau tak membabitkan diri aku. tp sbgi ketua aku ambil satu2 peristiwa sbgi cth dan sempadan utk makluman anak buah. mcm mana teja ok tak?

suka memujuk said...

ko ni pirzan kalau sehari tak sebut nama aku tak bole ke? dan bab memujuk si zaijb kalau ler dpt aku lakukan mmg ler best tp sapa la aku ni, sudi ke dia....huhu

mpmn said...

suka memujuk..

aku tahu ko mmg pakar bab pujuk memujuk ni. sbb tu aku htr ko. kalau tak mana blh kiri kanan.

zaijb said...

maaf lahh yea tuan umah... terpanjang jela... sy bukan nya marah pun... sb dah lama tak komen kat sini itu pasal terpanjang sikit... hehe

selamat hari raya.. maaf zahir batin hehe... terlewat ucap lak...