






Sebelum aku berehat dari berblog, aku nak kongsi satu perkara dgn kwn2 bg yg berminat. Aku nak tunjuk satu penerbitan al Quran terjemahan baru. Dalamnya ada 3 in 1. Setakat ni setahu aku belum ada di pasaran lagi. Apa kelebihannya?
1. Setiap patah ayat ada makna bagi ayat tersebut.
2. Ada terjemahan bagi keseluruhan ayat.
3. Ada asbabun nuzul. Mengapa ayat tersebut diturunkan.
Selama ni kita membaca al Quran tanpa mengetahui makna ayat2 tersebut. Tapi kerana kita org Islam yg taat, kita tetap membaca sehinggalah umur kita separuh abad.
Alangkah baiknya kita membaca dgn mengetahui maksud2 ayat yg dibaca. Mudah2 ini akan meningkatkan ketaqwaan kita pd Allah.
Mudah2an rezeki yg Allah beri pd kita dibelanjakan pd yg benar. Kdg2 kita ni sebgi manusia sering terlupa, kita sanggup berhabis atau berbelanja besar utk pakaian kita atau benda2 lain tp utk sesuatu yg sangat bernilai kita sering mengabaikan. Sebagai contoh, peralatan kita beribadah, sejadah, kain dan baju, kopiah, serban, telekong dll. Adakah sekadar adanya atau kita guna yg baik kerana kita diberi kemampuan oleh Allah. Ada juga yg berhujah, Allah tidak menilai yg zahir tp hati. Persoalannya benarkah hati kita benar2 menghadap Allah pd waktu itu? Atau hati kita spt burung, terbang ke sana sini.
Siapa berminat dan terbuka hatinya untuk mengetahui lebih lanjut hubungi aku. Sekian saja ole2 aku untuk kwn2.