Tuesday, August 4, 2009

Tafsir Mimpi

Setiap manusia pasti akan mengalami mimpi apabila sedang tidur. Ada yg bermimpi indah sehingga tersenyum2 semasa tidur dan ada yg mimpi mengerikan sehingga menjerit2 semasa tidur. Bagi yg tersenyum, mungkin sedang bermimpi dilamar puteri bunian atau dapat isteri baru/suami baru/makwe atau pakwa baru atau lain2. Bagi yg menjerit2 dan meraung2 mungkin sedang dikejar hantu atau sedang dihukum pancung atau gantung dan lain2. Persoalannya mengapa mimpi kita tak sama sedangkan tidur sebantal dan seselimut. Ke mana agaknya roh kita dibawa mengembara.

Aku sering sahaja bermimpi apabila memandu kereta, kereta yg aku pandu selalu sahaja brek tidak berfungsi. Puas aku menekan brek tp kereta tetap melunjur dgn laju. Aku terpaksa mengawal keretaku dari melanggar kereta org lain. Yg istimewanya keadaan kereta dlm keadaan mengundur. Bayangkanlah mengawal kereta dlm keadaan mengundur. Pelik sungguh aku memikirkan mimpi spt ini.

Sapa di luar sana ahli tafsir mimpi, tlg tafsirkan.

6 comments:

Kembara Kelana said...

aku kalau tafisr kang kau marah...tapi eloklah kau rujuk pada guru yang mursyid yang kau dampingi dan bukan yang orang lain dampingi..

mpmn said...

kk.. aku tak kisahpun kalau kau nak tafsir. ilmu tuhan ni luas, mana tahu kot2 ada yg pandai menafsir mimpi.

Anonymous said...

Saya mengalami mimpi yang sama...memandu kereta yang mengundur dan brek tidak berfungsi....sedaya upaya mengelak dari langgar kereta yang menuju ke arah kereta saya.....kalau tidak silap, kamu juga dapat mengelak ke semua kereta dari melanggar kereta yang anda pandu....mimpi ini kerap berulang selang beberapa bulan....apa maksud sebenar mimpi ini, ada sesiapa yang arif dapat taksir mimpi ini? Mimpi ini amat tidak menyenangkan.....

Anonymous said...

mimpi pandu kereta simbol kepada 'perjalanan kehidupan" anda, boleh rujuk pada pakar ttg maksud terperinci atau google ja kat internet "tafsir mimpi- memandu kereta"

Anonymous said...

Sy pun mimpi yg sama tapi tak dalam,mimpi tu tak pernah accident. Kerap berlaku.

Muslimah said...

Slalu jugak mimpi yg sama