Sunday, August 9, 2009

InsyaAllah

Aku dapati org Melayu Islam terlalu biasa menggunakan kalimat insyaallah ni. Kadang2 tu terlancar je di lidahnya perkataan tersebut apabila berjanji sesuatu. Ada juga org Cina yg bukan Islam tp mungkin sejak kecil dah biasa bergaul dgn org Melayu, pun pandai menuturkan perkataan insyaallah.

Cuma aku rasa kebanyakan dari kita menggunakan perkataan tersebut hanya sebagai helah melepaskan diri. Kita tidak ikhlas apabila menuturkannya. Sebgai contoh "Ayu minggu depan datang rumah ya, aku nak buat kenduri tahlil". "IsyaAllah", jawab Ayu. Dalam hati "malas aku". Tidakkah itu satu pembohongan dan kepura-puraan.

Sepatutnya kita berazam memang hendak memenuhi tuntutan orang yg menjemput tetapi pada masa dan waktu hendak hadir ada masalah yg mendatang. Itu baru insyaAllah. Bukan ke maksud insyaAllah ialah 'jika diizinkan Allah"'. Contoh ketika hendak hadir kita sakit perut, demam, kete rosak dll.

Mengapa mesti kita berselindung dibalik perkataan insyaAllah. Kalau tidak boleh, berterus terang ajelah. Mungkin kita tidak mahu orang yg berkenaan kecil hati atau apa sahaja alasan kita. Sampai bila orang Melayu harus bersikap begitu dan tidak berani berterus terang.

Mana lebih baik dari kita menjelaskan dari awal kenapa tidak dapat hadir dan orang berkenaan faham atau dia ingat kita akan datang tapi kita tak datang dan dia berprasangka terhadap diri kita. Fikirkan. Adakah ini juga terjadi dalam hidup anda.

No comments: